Nuffnang Ads

Thursday, September 29, 2011

You'll Never Walk Alone

Aku mengharapkan keajaiban 2005 berulang...biar apa orang nak kata, jatuh bangun Liverpool aku tetap support..sebab aku bukanlah seorang 'Peminat' tetapi seorang 'Penyokong' LFC....
"Aku hanya boleh mengikuti falsafah di mana aku membesar untuk menyokong Liverpool FC dan aku tidak boleh menjadi orang lain. Dan itu adalah cara aku."


When you walk through the storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden sky
And the sweet silver song of the lark

Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

Walk on, walk on, with hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

Wednesday, September 21, 2011

The Return Of Captain Fantastic - Steven Gerrard



Aksi Captain Fantastic, Steven Gerrard akan dapat kita saksikan apabila Liverpool berkunjung ke Brighton untuk perlawanan merebut Piala Curling. Memang kelibat beliau sangat diperlukan dalam padang semasa LFC sedang berlawan. Tetapi bolehkah saudara saudari bayangkan jika kepulangannya tidak memberikan impak kepad LFC? Adakah anda semua akan kecewa & x lagi menyokong LFC? Steven Gerrard sudah berumur 31 tahun (dah veteran untuk seorang player bolasepak). Bagaimana jika beliau x perform? Bagaimana jika permainan beliau hambar?? Oleh itu, janganlah terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepad Steven Gerrard kerana beliau semakin berusia & kecederaan yang dialami beliau ialah kecederaan berulang. Mungkin beliau x sepantas seperti sebelum ini? Mungkin skill beliau pun sudah jadi x begitu mantap?? Sy tak tahu.. Dan saya pasti anda pun x tahu. Apa yang akan berlaku jika Steven Gerrard bersara @ berpindah ke kelab lain?? Adakah anda semua bersedia dengan hakikat itu?? Percayalah, masa itu pasti akan tiba. Tapi saya berharap Steven Gerrard hanya akan bersara apabila LFC menemui seorang pembakar semangat yang sehebat beliau. Maka bersedialah kita menanti detik itu.. Kerana sekali lagi.. NO ONE BIGGER THAN THE CLUB, NOT EVEN STEVEN GERRARD.

~YOU"LL NEVER WALK ALONE~

Friday, September 16, 2011

Sebastian Coates - Uruguay Kedua Menyertai Liverpool

Pemain yg berusia 20 tahun ini telah ditandatangani kontrak jangka panjang pada hari Selasa lalu untuk mengukuhkan barisan pertahanan The Reds. Coates tiba di Merseyside segar dari yang dinobatkan sebagai pemain muda terbaik pada Kejohanan Copa Amerika bulan lalu. Coates menjadi pemain Uruguay kedua yg menyertai Liverpool, selepas  rakan senegaranya, Luis Suarez.
Suarez membuat peralihan yang lancar kepada kehidupan di England selepas bergerak dari Ajax pada bulan Januari, dan Coates diberi harapan baru dgn jersi No.16.
Cuba kita ingat balik perlawanan pada 10 September lepas, ketika Liverpool berkunjung ke Stoke, ramai penyokong LFC mula mempertikaikan sumbangan Carragher. Jujurnya, Carra berada di tempat yang betul tetapi sedikit perlahan untuk memintas pergerakan Jonathan Walters. Peminat LFC berpendapat Carra tidak lagi sesuai untuk diturunkan dalam kesebelasan utama kerana rentak permainan semakin laju manakala Carra pula semakin perlahan. Saya bersetuju tetapi saya juga perlu berlaku adil pada Carra. Tahukah anda bahawa tahap permainan Carra semakin meningkat pada musim 2010/2011 berbanding 2009/2010? Statistik membuktikan bahawa Carra berjaya membuat 855 clearance dari kawasan bahaya musim lepas berbanding hanya 68 pada musim 2009/2010. Begitu juga dengan kejayaannya memintas bola sebanyak 199 berbanding hanya 22 dan kejayaan membuat blocking di depan pintu gol sebanyak 106 kali berbanding 20 kali untuk dua musim sebelum ini. Tidak dinafikan, pergerakan Carra tidak sepantas dahulu tetapi tidak adil untuk kita menghukum pemain ini hanya dengan satu kesilapan. Tambahan pula, ulang tayang tidak menampakkan bahawa tindakan Carra sebagai satu kesalahan yang boleh mengakibatkan penalti.
Oleh itu, dgn pembelian terbaru King Kenny terhadap Sebastian Coates boleh dianggap satu penyelesaian dari masalah ini…

Welcome Back To Bellamy

Craig Bellamy kembali bersama the Reds. Empat tahun selepas meninggalkan Anfield dan Rafa Benitez, Bellamy sekali lagi menjadi pemain Liverpool.
Ketika beliau menanti di Cardiff pada 31 Ogos untuk masa depannya ditentukan oleh Kenny Dalglish atau Harry Redknapp atau mungkin Cardiff City sebagai salah sebuah kelab Inggeris yang berminat, Bell…amy turut sedar bahawa ada kelab di Moscow yang sedia menerbangkannya dengan jet peribadi ke Russia.
Ia perlu dipertimbangkan namun apa yang Bellamy mahukan ialah kepastian dan bukannya pengembaraan baru. Pemain Wales berusia 32 tahun ini melihat pengembaraannya di Manchester City tersekat, oleh kerana sikap dingin Roberto Mancini. Bukan saja hubungan dingin mereka, aspek ekonomi juga perlu dipertimbangkan. Bellamy masih ada kontrak setahun di City – dengan gaji sekitar £4.5 juta. Ia jumlah yang memang cukup besar.
Namun satu perjanjian telah dipersetujui, kerugian sedia ditanggung. Ia meletakkan beliau sebagai pemain perpindahan percuma – walaupun jangan dilupakan gaji yang bakal diterimanya di Anfield. Namun Liverpool telah puas mencongak dan ia mungkin boleh menjadi perpindahan paling berbaloi musim panas ini.
Apa yang dimahukan Bellamy, sama seperti pemain lain, untuk rasa disayangi — mungkin sedikit sudah memadai. Dalglish dan Liverpool telah menawarkannya. Apa yang ditawarkan Bellamy kepada mereka ialah kesanggupan untuk berkerja-keras seperti mana Dirk Kuyt dan di kedua-dua belah sayap. Beliau menjadi pilihan yang terlalu bagus untuk ditolak oleh Dalglish.

Apa yang turut diberikan Bellamy ialah kasih sayang sebenar dan pemahaman sebenarnya terhadap kelab. Mungkin ada penyokong City yang berasa skeptikal apabila Bellamy menceritakan rasa hormatnya kepada Dalglish kerana pada mereka ia hanyalah kerana faktor wang semata-mata.
Memuji Dalglish, Bellamy berkata: ‘Untuk setiap penyokong Liverpool, Kenny mungkin pemain terbaik yang pernah menyarung jersi merah jadi ia dengan sendiri telah menceritakannya. Beliau adalah pemain-pengurus pertama yang memenangi kejuaraan Berganda dan lihat saja cara beliau menjaga perilakunya.’
Namun apa yang dikatakan Bellamy itu tiada bezanya dengan apa yang dikatakan beliau semasa berada di Cardiff enam bulan yang lalu.
Ketika itu, pemain yang diketepikan Mancini, pemain yang dipinjamkan selama semusim di tempat kelahirannya, mengulas tentang karier yang bermula seawal usia 15 tahun di Norwich dan telah membawanya mengembara ke Coventry, Newcastle, Celtic, Blackburn, West Ham, City dan sudah tentu Liverpool.

Inilah yang dikatakannya.
‘Liverpool, saya menyokongnya sejak kecil. Memang hebat untuk melihat Dalglish berada di situ ketika ini, ia memberikan dorongan kepada saya. Saya menyukai mentaliti Boot Room — inilah yang menjadikan Kelab Bolasepak Liverpool. Apabila anda menyokong sebuah kelab, anda perlu memahami kenapa. Apa yang menjadikannya cukup hebat? Kemasukan Shankly, Boot Room — mereka semua duduk dalam satu bilik, lima atau enam orang dan tiga dari mereka kemudiannya memenangi Piala Eropah!
‘Betapa hebatnya perbualan yang mereka ada pada setiap minggu. Dan jika anda berada di situ, anda tidak hanya mendengar dan bersetuju, mereka bertanya pandangan anda. Mereka saling melengkapi satu sama lain. Dari ruang sempit itu mereka mencipta sebuah kelab.
‘Saya melihatnya dan merasakan sesuatu untuk kelab … tapi kini Dalglish telah kembali dan saya hanya berdoa agar semuanya berjalan lancar. Setakat ini ia memang bagus — (Luis) Suarez, pasti menyeronokkan untuk melihat bagaimana sumbangan Andy Carroll. Serba sedikit ia menyentuh perasaan saya.’
Bellamy memberikan pujian yang besar untuk Norwich dan West Ham serta memuji bakat pengurusan Redknapp jadi ia bukanlah satu rayuan untuk mendapatkannya. Bellamy ketika itu lebih mahukan perpindahan kekal ke Cardiff.
Namun harapan mereka untuk naik divisyen telah pudar dan pemilik kelab dari Malaysia tidak mampu untuk mengekalkan khidmat Bellamy.
Ia mewakili penyelesaian impian untuk pemain sayap. Dalam karier terdahulunya di Anfield, Bellamy memberitahu Benitez tidak meyakininya. Namun beliau masih mampu bermain dalam 42 perlawanan dan walaupun insiden kayu golf dengan John Arne Riise tidak akan dilupakan, gol Bellamy di Nou Camp turut tetap dikenang kerana ia membantu menyingkirkan Barcelona – yang dibarisi Xavi, Messi, Ronaldinho — dari Liga Juara-juara.
Liverpool mara ke final menentang AC Milan. Bellamy memanaskan bangku simpanan; Jermaine Pennant di bahagian kanan midfield, Boudewijn Zenden di bahagian kiri. Jadi Bellamy berhijrah ke West Ham, di mana beliau bertemu Steve Clarke dan Kevin Keen, yang kini menjadi jurulatih di Liverpool. Dalglish tidak mengharapkan Bellamy, di usianya, untuk bermain setiap minggu. Pemain ini mengalami kecederaan teruk kebelakangan ini namun musim lepas berjaya bermain dalam 35 perlawanan untuk Cardiff di Liga Kejohanan termasuk perlawanan dengan Wales.