Tak kenal maka tak cinta! Begitu juga bagi semua penyokong-penyokong Liverpool di Malaysia khasnya. Lagu-lagu sorak yag selalu berkumandang di Anfield dan di mana sahaja pasukan Liverpool beraksi menunjukkan perbezaan antara penyokong-penyokong Liverpool dan penyokong kelab-kelab lain di dunia. Ia menjadi bualan sesiapa sahaja yg mendengarnya, dan oleh sebab itulah Liverpool terkenal dengan “12th man” di mana penyokong-penyokong sentiasa memberi sokongan padu setiap kali Liverpool turun beraksi.
Lagu You’ll Never Walk Alone bolehlah dianggap sebagai lagu yang berada di senarai teratas kedudukan lagu-lagu sorak atau chanting di seluruh dunia. Tanyalah sesiapa sahaja penyokong Liverpool di mana sahaja anda pergi, pasti lagu YNWA ini menjadi siulan mereka. lagu ini berasal dari persembahan muzikal “Carousel” yang di persembahkan oleh Rodgers and Hammerstein pada tahun 1945. Lagu ini dipopularkan semula oleh kumpulan Gery & The Peacemakers yang berasal dari Liverpool pada tahun 1963 dan tidak menunggu lama untuk dijadikan “Liverpool Anthem” di mana penyokong-penyokong Liverpool menyanyikannya sebelum perlawanan bermula. Lagu ini dijadikan ikutan kelab bolasepak lain selepas itu seperti Celtic, Feyenoord, FC Twente, Borussia Dortmund, FC Kaiserslautern, FC St Pauli dan juga FC Tokyo.
Ada beberapa lagu chanting Liverpool merupakan lagu yang diambil dari lagu-lagu lama yang diubah liriknya bersesuaian dengan Liverpool. Contohnya lagu Field Of Anfield Road. Lagu ini diambil dari lagu Field Of Athenry iaitu sebuah lagu Ireland yang menceritakan tentang masalah kebuluran di Ireland pada masa tersebut. Lagu ini digubah semula oleh Pete St. John pada tahun 1979 bersesuaian dengan kegemilangan Liverpool pada era tersebut.
Lagu Poor Scouser Tommy misalnya diambil dari gabungan lagu Red River Valley dan The Sash My Father Wore. Lagu Red River Valley terkenal di bahagian utara benua Amerika di mana dikatakan lagu ini telah dinyanyikan secara meluas di lima wilayah Kanada sebelum tahun 1896 lagi. Ini menguatkan lagi fakta bahawa lagu ini dicipta semasa Ekspedisi Wolseley ke utara Red River Valley tahun 1870 di Manitoba. The Sash My Father Wore pula merupakan sebuah lagu Ireland yang dicipta sebagai memperingati kemenangan King William III di era perang Ireland sekitar 1690 hingga 1691. Lagu ini popular dikalangan Ulster Loyalist (merupakan pihak yang menentang penyatuan Ireland) dan Unionists (pihak yang menyokong kesatuan politik pulau-pulau Ireland dan Great Britain) dan sebahagian Scotland di mana ia juga boleh didengar dinyanyikan oleh penyokong-penyokong Rangers FC.
Lagu We Won It Five Times pula digubah semula dari lagu popular, Sloop John B dendangan The Beach Boys pada tahun 1966. Lagu ini sebenarnya berasal dari lagu rakyat Hindia Barat yang bertajuk The John B. Sails. Ia mula diterbitkan melalui Novel Amekira, Prince Of Eight tulisan Richard Le Gallienne. Ia dimasukkan ke dalam senari koleksi lagu-lagu rakyat Amerika oleh Carl Sandburg pada tahun 1927 sebelum ia dipopularkan semula oleh The Beach Boys.
Menarik bukan fakta-fakta di atas? Saya hanya mengambil sebahagian daripada senarai penuh lagu-lagu Liverpool yang terdapat dalam koleksi kelab. Anda mungkin boleh cuba mencari The Anfield Song Book yang di jual secara online dalam liverpoolfc.tv untuk mengetahui senarai penuh lagu-lagu Liverpool(rasanya masih belum dikemaskini). Untuk mengetahui sejarah lagu-lagu tersebut, saya serahkan pada anda untuk menyelongkar dunia internet ini kerana semua ada di dalamnya. Yang paling penting, adalah satu kerugian jika anda mengetahui lagu-lagu ini tetapi tidak mempraktikkannya semasa menonton perlawanan Liverpool kerana ini adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat kita menghadapi pihak lawan(walaupun anda menontonnya di kedai-kedai makan).
No comments:
Post a Comment