SEJARAH AWAL Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Namun Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli. Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEDUDUKAN GEOGRAFI Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli. Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli. Ketinggian mengikut keluasan adalah sepertimana berikut :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DAERAH PENGGAWA Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Maklumat adalah seperti berikut :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan. Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti beikut :- | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEPENDUDUKAN Jumlah penduduk Jajahan Kuala Krai mengikut bancian tahun 2004 ialah seamai 163,952 orang dan pecahan mengikut kaum dan unjuran adalah sepertimana berikut :-
Purata kepadatan penduduk ialah 15 orang/Km2 atau 39 orang per satu batu dengan kadar pertumbuhan tahunan ialah 3.48%. Nisbah jantina agak seimbang di mana ada 102 lelaki bagi setiap 100 wanita. Pada tahun 1990 terdapat seramai 50,295 orang. |
"Saya hanya boleh mengikuti falsafah di mana saya membesar untuk menyokong Liverpool FC, dan saya tidak boleh menjadi orang lain. Dan itu adalah cara saya."
Nuffnang Ads
Saturday, October 2, 2010
PROFIL KUALA KRAI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletekampung tengah jalan bukit acheh di kuala krai lokasi tepatnya di mana ya?
t.ksh