Nuffnang Ads

Thursday, August 11, 2011

Kenny Dalglish Tawar £8 Juta Untuk Bek Tengah Birmingham, Scott Dann

Kenny Dalglish bakal meneruskan perbelanjaan musim panasnya dengan menawarkan £8 juta untuk bek tengah Birmingham, Scott Dann.

Pengurus Anfield itu melihat pasukannya bergelut di bahagian pertahanan semasa pra-musim, melepaskan 15 gol dalam enam perlawanan persahabatan dan beliau berharap pemain pertahanan the Blues itu dapat mengukuhkan bahagian pertahanannya.

Kemuncak kepada masalah tersebut, Ma...rtin Skrtel dan Glen Johnson mengalami kecederaan semasa pra-musim dan diragui dapat beraksi di perlawanan pembukaan kelab, menentang Sunderland hujung minggu ini.

Dann cemerlang dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris, bergandingan dengan Roger Johnson dan kecederaan beliau musim lepas telah dikatakan menjadi antara faktor utama sebab kenapa pasukan Alex McLeish terperangkap dalam penyingkiran ke Liga Kejohanan.

Liverpool mungkin bersaing terus dengan Arsenal dalam mengejar khidmat Dann selepas Thomas Vermaelen, yang tidak beraksi musim lepas kerana kecederaan, dipapah meninggalkan padang semasa perlawanan persahabatan dengan Benfica, menyebabkan the Gunners kekurangan opsyen di bahagian pertahanan.

No comments:

Post a Comment