Nuffnang Ads

Sunday, October 9, 2011

Daniel Agger Direhatkan Sebulan

Pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger terpaksa direhatkan sehingga 4 minggu selepas mengalami keretakan tulang rusuk ketika kekalahan 4-0 Liverpool ke atas Tottenham.
Beliau terjatuh kuat dalam perlawanan di separuh masa pertama dan terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa pertama. Laporan juga mengatakan beliau akan direhatkan lebih dari sebulan. Pihak Liverpool juga mengatakan beliau keretakan 2 tulang rusuknya dan terpaksa direhat lama. Beliau tidak berasa gembira dengan berita itu dan pengurus Liverpool, Kenny Daglish bersimpati ke atas keadaannya itu.
Pemain antarabangsa Denmark ini juga akan terlepas perlawanan antarabangsa menentang Cyprus dan Portugal. Perlawanan Liverpool menentang Man Utd juga antara yang Agger akan terlepas.

No comments:

Post a Comment