Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2011

Sebelum Wisel Liverpool Vs Manchester United (15.10.2011)

Salam, tidak perlu diperkatakan lagi, sudah melihatkan tajuk, pastinya anda semua sudah mengetahui apa yang bakal ditulis untuk entri kali ini. Bagi membangkitkan lagi semangat dan keghairahan semperna aksi menentang united.

Minggu ini akan diisi oleh aksi kelayakkan Euro dan friendly antarabangsa. Perlawanan yg bakal dijalankan pada 15 Oktober, bagai sudah diaturkan dengan penuh makna. Tarikh ini dipilih untuk kita (Liverpool) turun menentang musuh tradisi dari zaman datuk nenek bagi manusia yg bergelar Liverpool supporters.

Mungkin ada dlm kalangan anda semua tidak mengetahui apakah keistimewaan dan apakah peristiwa yg membuatkan tarikh sangat bermakna kpd Liverpool. Keistimewaan di sebalik tarikh ini adalah, pada tahun lepas, sejarah baru dicipta ditulis dlm kalam buku sejarah Livepool FC, dimana owner baru kita si pak cik John W. Henry dan kaum kerabatnya (NESV) secara rasmi mengambil alih tampuk pemilikan kelab dari dua orang Amerika bebal si Hicks dan Gillett.
Banyangkanlah, kalau tak ada, John Henry entah la apa yg akan jadi dgn kelab kita sekarang, malah berkemungkinan besar tak ada la Carroll, Suarez, Henderson, Adam dan Downing, Silap-silap boleh turun divisyen atas masalah yg bertimpa-timpa yang tiada kesudahannya.

Rafa Benitez pernah berkata...

“kedua pemilik Liverpool (Hicks dan Gillett) ini hanya fikirkan hendak mendapatkan untung sahaja dan tidak tahu apa2 mengenai bola sepak, meraka adalah salah satu sebab utama Liverpool mengalami penurunan prestasi pada musim 2009–10 dan gagal untuk layak ke Champions League kerana saya gagal mendapatkan pemain bagi memantapkan Liverpool”
Apapun, pada saya (penulis). Sebagai true fan yang sentiasa faham kedudukan kelab dan mencintai pasukan dgn penuh mendalam. Kita juga perlu munabah diri juga dan berfikir berdasarkan fakta dan statistik. Memang bukan mudah utk menang menentang United, bukan hendak memuji skuad Ferguson, tetapi mereka sememangnya pasukan yg mempunyai skuad yg mantap.
 
Tetapi ini bukan bermakna Liverpool sekarang lemah, saya lebih suka menggunakan pasukan kesayangan kita dilabelkan pasukan underdog bak kata pepatah “seperti padi, makin berisi makin menunduk”.
Jika melihatkan kepada rekod cemerlang bila United berkunjung ke Anfield. Saya (penulis) optimis dengan statistik perlawanan lepas2, bahawa kita sememangnya mempunyai kelebihan untuk mengukir kemenangan dlm perlawanan kali ini.
--Detik2 manis yang sukar dilupakan--
Sebagai contohnya masih ingatkah anda detik2 indah musim lepas, apabila suarez mudah mempermainkan pemain2 pertahanan United dan Kuyt dengan hatriknya. Harap detik indah ini dapat diteruskan kerana menang menentang United adalah kegembiraan yang tiada  penghujungnya . YNWA

No comments:

Post a Comment